Pengiktirafan antarabangsa Negara Palestin
Pengiktirafan antarabangsa Negara Palestin

Pengiktirafan antarabangsa Negara Palestin

Pengiktirafan antarabangsa Negara Palestin menjadi matlamat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sejak Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin menuntut penubuhan Negara Palestin pada 15 November 1988 di Algiers, Algeria dalam satu sesi luar biasa di luar persidangan Dewan Kebangsaan Palestin. Pengisytiharan ini disambut dengan baik oleh sebilangan negara dunia,[1] dan sehingga akhir tahun tersebut, 78 buah negara telah menuntut untuk Negara Palestin diiktiraf.[2] Sehingga 3 Ogos 2018, sebanyak 137 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dua negara bukan anggota telah mengiktiraf Negara Palestin. Palestin juga telah menjadi negara pemerhati bukan anggota dalam Perhimpunan Agung PBB sejak lulusnya Resolusi Perhimpunan Agung PBB 67/19 pada November 2012.[3][4]Sebagai sebahagian daripada cubaan menyelesaikan konflik Israel–Palestin, Perjanjian Oslo telah ditandatangani antara PLO dan Israel pada 1993 dan 1995 menghasilkan penubuhan Pihak Berkuasa Palestin (PNA) sebagai sebuah pentadbiran mandiri sementara di Kawasan A dan B Tebing Barat dan Genting Gaza.[5] Selepas pemutusan hubungan Israel daripada Gaza pada 2005, PNA telah menggadakan pilihan raya pada 2006, yang menyaksikan Hamas memperoleh majoriti kerusi kemenangan (74 daripada 132 kerusi). Berikutan konflik fatah–Hamas 2007, PNA telah berpecah dua, dengan Hamas dianggap menguasai Genting Gaza manakala Fatah mengawal Kawasan A dan B Tebing Barat.Negara-negara yang tidak mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara termasuklah: Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea Selatan, Mexico, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat, dan lain-lain. Walaupun negara-negara ini secara umumnya menyokong bentuk penyelesaian dua negara, mereka mengambil ketetapan bahawa pengiktirafan mereka terhadap negara orang Palestin hanya tersyarat pada rundingan langsung antara Israel dan PNA.

Rujukan

WikiPedia: Pengiktirafan antarabangsa Negara Palestin http://www.mfa.gov.al/dokumenta/diplomatic_list_20... http://www.casadesalta.gov.ar/eventos/arabes.html http://www.mrecic.gov.ar/portal/ver_adjunto.php?id... http://w2.neuquen.gov.ar/index.php?option=com_cont... http://w2.neuquen.gov.ar/index.php?option=com_cont... http://mfa.gov.az/files/file/Azerbaijan%20-%20Pale... http://www.mfa.ba/vanjska_politika_bih/bilateralni... http://www.mofa.gov.bh/Default.aspx?tabid=73&langu... http://www.itamaraty.gov.br/sala-de-imprensa/notas... http://www.embajadapalestina.cl/embajadores.html